Assalamualaikum w.b.t! Ollaaaaa! Korang perasan tak? Tak? Dah lama fatin tak online facebook yang tersayang *sayang lah sangat -,-* Nak tau kenapa? Kalau nak tau, kena tengok entry yang sebelum ni. Jangan marah naa!
Today I don't feel like doing anything, I just wanna lay in my bed! Macam tipu je :) Memang tipu punnggg! Jujur ah kann, sebenarnya malas nak update blog dan agak kekurangan idea. Tak tau nak tulis apa. But, tapi, walaupun malas..Terasa kesian pulak dekat blog ni sebab dah lama tak ada penjaga. Nanti ada hantu pulak kat blog ni. *Manelahh tauu :3*
Haa! Nak citerr pasal kat sekolah tadi. Boleh tak? Boleh laa!
Bahasa Arab
Start kelas BA pukul 11.30 tapi iteww datang pukul 10.00 pagi. Amacam, awal tak? Hek hek. Tadi ustazah bawak buku2 dia masa belajar kat sekolah menengah dan dekat Mesir. Wahh, hebat en? Nak pergi sana jugak!! *Mesir, tunggu kemunculan aku!* Tengah selak2 buku ustazah, terjumpa gambar keluarga ustazah. Rupanya, ustazah ada kembar. Wooo! Best gilerr. *Fatin dapat buku apetah sebab jawab soalan*
Sains
Matapelajaran yang paling fatin suka. Kan nak jadi doktor, mesti minat bidang Sains kan? Dapat kertas latihan, tapi kena share sebab tak cukup kertas. Wa kongsi ngan Aina The PRS! Hebakk tak? Haha.
Geografi
Masa geo, kena duduk kat dewan kerana kelas diguna pakai oleh SPM candidate. Mengapa mereka menggunakannya? Mereka menggunakannya kerana ada Peperiksaan Percubaan SPM. *Bapak skema ayat aku* Cikgu Pauzi kata, sapa tak bayar dua hinggit setengah, tak dapat latihan. Nasib baik dah bayar. Alhamdulillah.
Sivik
Cikgu sivik kitorang PK Petang tau! Korang ade? Tak ade kan? Haha. Masa Sivik, duk kantin. *Tak tau apa motifnya* Kena nyanyi lagu Barisan Kita kat depan. Mencabar betul. Sesuai lah untuk Aribah, ye dak?
Mathematics
Belajar tajuk CIRCLE, chapter berapa tah. Best! Senang nak faham. Lebih2 lagi bila duduk sebelah Fathini yang pandai tu :3 Masa belajar, ramai duduk kat bawah dan dekat dengan whiteboard, sebab dorang kata tak nampak. Best giloo! Tapi fatin duk atas meja. Hehe :>
Bahasa Melayu
Buat Tatabahasa. Tapi buku fatin hilang, tidakkk! Apa yang harus aku lakukan? Great! Kena hantar buku karangan :)
Itulah yang telah terjadi kat sekolah tadi. Sebenarnya nak cerita panjang lagi. Nak masukkan masa tengah hari, rehat, balik. Tapi takut korang bosan pulak. Ni pun dah meleret-leret. Ye dak? Peace :>




No comments:
Post a Comment